Info Diabetes

Info Diabetes

Apa Dia Penyakit Kencing Manis
Diabetes bermaksud kencing manis yang merupakan sindrom atau penyakit akibat kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin.

Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat.

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa.

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. 

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Hormon Insulin disuntik atas nasihat doktor
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Bagi pesakit kencing manis, sel-sel pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menukarkan segala makanan bergula kepada tenaga. Akibatnya segala zat dan nutrisi penting untuk sel-sel di kaki tidak sampai. Akibat itu sel-sel di kaki akan mudah mati dan menjadi HITAM seperti terbakar.
Foot gangrene akibat tahap kencing manis tidak terkawal

Apabila keadaan lebih teruk, jangkitan kuman akan berlaku dan mungkin menjangkiti sel-sel darah merah dan akan merebak seluruh badan, pesakit akan merasa demam dan menjadi lemah. Sel-sel saraf pula akan mati dan mereka akan merasa kebas kaki.

Jika dibiarkan maka jangkitan kuman akan merebak dgn begitu CEPAT ke bahagian peha. Dan mungkin jika keadaan terlalu teruk, mungkin kaki terpaksa dipotong !

Bagaimana Tubuh Anda Mendapat Tenaga Secara Normal
 
Apa yang kita makan, proses pencernaan menghuraikan permakanan kepada glukosa (gula), diserap melalui salur penghadaman dan memasuki aliran darah, dimana ia menuju ke sel sel tubuh untuk di gunakan sebagai punca tenaga.

Apabila paras gula dalam darah meningkat, pankreas kita akan mengeluarkan sejenis hormon yang yang dinamakan [insulin] kedalam aliran darah kita.
Sistem Pencernaan Makanan Manusia

Insulin bertindak untuk membantu penyerapan glukosa ke dalam sel sel badan. Glukosa akan digunakan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga ini akan digunakan serta-merta atau disimpan. Proses ini mengembalikan gula ke paras normal.

Siapakah pengidap kencing manis?
 
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis, sudah meningkat umur (40 tahun ke atas), mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.
Obesiti meningkatkan risiko mendapat kencing manis

Tanda & Gejala kencing manis?
 
                         1. Kerap membuang air kecil.
                         2. Terasa amat dahaga dan cepat lapar.
                         3. Kabur penglihatan.
                         4. Nafas berbau manis.
                         5. Penurunan berat badan.
                         6. Keletihan.
                         7. Apabila terluka lambat sembuh.


Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ?
Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat dikawal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat

Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin. Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan.

Pil
Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini. 

Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntikan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadap anda, akan menentukan sama ada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda.

Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untuk pesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikut keadaan penyakit seseorang.

Rawatan awal adalah penting
Hyponidd penawar kencing manis
  • Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis
  • Menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat
  • Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia
Ubat
  • Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil
  • Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna
  • Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor
  • Pemeriksaan dari semasa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis
Makanan

Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis. Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan. 

Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian.

Panduan Makanan

Makanan yang patut dielakkan
  • Gula
  • Gula melaka
  • Coklat
  • Jem
  • Madu
  • Sirap
  • Aiskrim
  • Biskut-biskut yang manis
  • Susu pekat
  • Minuman ringan
  • Gula-gula jeli
  • Minuman manis dan bergas
  • Makanan berminyak dan berlemak
  • Lemak daging dan kulit ayam
  • Makanan berkanji
  • Buah-buahan manis seperti dokong, langsat, durian, pisang, nenas dan lain-lain
  • Serbuk perasa
  • Susu cair/ susu tepung
  • Semua jenis ikan bersengat dan berduri (Sembilang, Fatin, Pelotan, Seludu, Keli)
  • Sotong, Ketam dan udang
  • Sayur bayam dan daun asin-asin (pucuk manis)
  • Umbut kelapa dan umbut pisang
  • Alkohol
Pengambilan nasi haruslah dikawal kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi
Makanan yang patut dikurangkan
  • Nasi
  • Roti
  • Ubi kentang
  • Ubi keledek
  • Ubi kayu
  • Jus
  • Kelapa
  • Daging kambing
  • Buah-buahan jeruk
  • Bahan-bahan tenusu
  •  
Makanan yang boleh dimakan dengan bebas
  • Serbuk lada
  • Rempah-rempah
  • Serbuk kari
  • Cecair – air,teh, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
  • Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.
  •  
Penjagaan berat badan

Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin kurang berkesan dalam orang yang gemuk.

Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun.

Kalau anda gemuk ? Kurangkan makan ! Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak. Bersenamlah selalu !

Senaman

Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun.

Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik.
  
Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman.
Senaman menambahkan pembakaran gula dalam badan

Mengelakkan jangkitan

Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
  • Selalu menjaga kebersihan diri
  • Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak / Mandilah selalu
  • Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
  • Jaga kebersihan gigi
  • Menjauhkan diri dari kecederaan
  • Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
  • Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
  • Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
  • Berhati-hati semasa bercukur
Penjagaan kaki

Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda dengan perkara berikut :

Elakkan daripada memakai kasut yang ketat
  • Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
  • Jangan pakai kasut yang ketat
  • Sentiasa urutkan kaki anda
  • Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit
  •  
Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
  • Buta
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sakit jantung dan penyakit lumpuh
  • Darah tinggi
  • Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
  • Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
  • Tidak sedarkan diri
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut. Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik.

Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan !

DIABETES JENIS 1 DAN 2


DIABETES JENIS 1 (NON INDEPENDENT DIABETES MELITUS)

1. Ia jarang berlaku tetapi keadannya lebih teruk.
2. Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun.
3. Terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).
4. Tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.
5. Tidak dikaitkan dengan kegemukan.
6. Pesakit akan mengalami tanda-tanda dari gejala amaran yang serius.

 

DIABETES JENIS 2 (NON INDEPENDENT DIABETES MELITUS)

1. Ia biasa berlaku.
2. Terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa berusia 35 tahun ke atas.
3. Terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi     menyebabkan paras glukosa darah meningkat).
4. Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.
5. Dikaitkan dengan kegemukan.
6. Merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlaku komplikasi.

 
APA YANG BERLAKU APABILA ANDA MENGHIDAP DIABETES JENIS 2

KOMPLIKASI AKUT PADA PESAKIT KENCING MANIS...YANG PERLU ANDA TAHU.....

HIPOGLISEMIA - Paras gula yang sangat rendah. Boleh berlaku apabila pesakit mengambil terlalu banyak insulin atau pil diabetes. Tidak dimakan atau lewat makan atau terlebih mengambil ubat-ubatan untuk masalah kesihatan lain, boleh menyebabkan penurunan paras gula dalam darah. Jika paras gula dalam darah ini tidak di kembalikan ke paras normal dengan segera, Ia boleh menyebabkan sawan atau koma hipoglisemia.

Pesakit diabetes yang mempunyai tekanan darah serta paras kolesterol yang tinggi mungkin juga mendapat penyakit salur darah, (serangan jantung atau strok ). Tinjauan kesihatan kebangsaan. (The National Health AndM Orbidity Survey II [NHMSII] ) yang di adakan pada tahun 1997 menunjukkan bahawa di kalangan pesakit diabetes di Malaysia, 10.9% mempunyai tekanan darah tinggi dan 22.8% mempunyai hiperkolesterolemia.Di samping itu. serangan jantung dan strok adalah penyebab kematian yang utama dan ketiga penting di Malaysia.
Diabetes turut menyumbang kepada komplikasi jantung

Pesakit diabetes juga boleh mengalami masalah peredaran darah yang lemah akibatnya melambatkan penyembuhan apabila luka, mudah terkena jangkitan pada kulit dan mudah berlaku kerosakan pada kaki dan tangan. Serta kegagalan ereksi (MATI PUCUK) atau E.D.S (Erectile Dysfunctional Syndrome).

Jika paras gula kita tinggi ia akan menambahkan kerja buah pinggang, akhirnya ia merosakkan pada penapis dalam buah pinggang, dan akibatnya ia menambah risiko kandungan gula yang tinggi di dalam air kencing.

PARAS GLUKOSA DARAH PADA ORANG YANG TIDAK MENGHIDAPI KENCING MANIS (JIKA BERPUASA (4.4-6.1 mmol/L). JIKA TIDAK BERPUASA (4.4-8.0 mmol/L) 

PARAS GLUKOSA DARAH NORMAL DI KALANGAN PENGHIDAP KENCING MANIS (BERPUASA (5.0-7.2 mmol/L ) TIDAK BERPUASA (<10.0> )

Diabetis – Ibu Segala Penyakit

Komplikasi termasuk jantung, buta, strok
 
Faktanya - setiap 10 saat, dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia manakala empat juta lain maut akibatnya setiap tahun. Tidak cukup dengan itu, diabetes juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut.

Menggerunkan bukan? Hakikatnya, di Malaysia sendiri, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disahkan penghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.

Setiausaha Am Persatuan Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad berkata, faktor Malaysia yang diketahui kaya pelbagai jenis hidangan yang lazat, sedikit sebanyak menjadikan ramai leka dengan kandungan gula dan kalori makanan yang diambil.

“Faktor ini digabung pula dengan gaya kehidupan moden kurang aktif yang menyumbang kepada peningkatan kes diabetes yang ketara di negara ini,” katanya ketika merasmikan acara kempen kesedaran diabetes kepada orang awam anjuran persatuan itu, baru-baru ini.

Selain penyakit maut, diabetes juga kerap dirujuk sebagai ibu segala penyakit kerana memungkinkan pesakitnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung. Malah, risiko serangan angin ahmar sememangnya lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes berbanding bukan penghidap penyakit itu.

Bukan itu saja, pesakit diabetes juga berisiko hingga empat kali ganda terhadap penyakit jantung atau yang berkaitan kardiovaskular.

Pensyarah Perubatan dan Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menegaskan, diabetes adalah penyakit seumur hidup yang setakat ini tidak boleh disembuhkan.
Namun, usaha mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengambil ubat-ubatan mengikut keperluan adalah kaedah pengurusan diabetes yang baik.

“Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun,” katanya.

Biarpun diabetes dikenali sebagai penyakit orang dewasa, namun kebelakangan ini diabetes Jenis Dua terbukti semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ia dikaitkan dengan masalah terlalu gemuk atau obesiti, kurang bersenam dan diet tidak sihat.

“Gaya hidup dan pemakanan menjadi punca kegemukan yang membawa kepada diabetes. Malah hari ini, tidak menghairankan jika anda mengenali seorang pesakit diabetes yang hanya berusia 12 atau 10 tahun,” katanya.

Jelas Dr Mafauzy, berdasarkan Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2006, menyenaraikan Negeri Sembilan dan Melaka sebagai negeri yang mencatatkan kadar peratusan pesakit diabetes tertinggi di Malaysia manakala kadar diabetes terendah adalah di Sabah.

“Faktor genetik sememangnya penyumbang besar masalah diabetes. Di Malaysia, majoriti pesakit diabetes berketurunan India diikuti Melayu dan Cina.

“Namun perlu diingat, jika seseorang itu lahir dalam keluarga yang ada sejarah penyakit itu maka risiko untuknya menghidap diabetes sangat tinggi. Oleh itu, langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah pemakanan sihat dan lakukan senaman,” katanya.

Dr Mafauzy berkata, tidak ramai yang tahu, tetapi hakikatnya hampir 90 peratus pesakit diabetes di seluruh dunia adalah daripada Jenis Dua. Selain faktor genetik, diabetes jenis ini turut dikaitkan dengan obesiti dan tidak aktif secara fizikal.

Diabetes Jenis Dua ini juga satu masalah kronik yang menjejaskan kaedah tubuh menangani glukos. Ini disebabkan diabetes jenis ini menyebabkan tubuh menolak kesan insulin atau tubuh tidak menghasilkan kadar insulin mencukupi bagi mengekalkan tahap glukos normal.

Diabetes Jenis Dua juga tidak memerlukan insulin sepanjang hayat tetapi anda boleh mengawal glukos dalam darah dengan diet, bersenam atau kombinasi pengambilan ubat-ubatan atau di kalangan sesetengah pesakit mungkin perlu mengambil sedikit insulin
“Ada kala pesakit menunggu simptom datang sebelum mendapat rawatan. Namun, ada kala mereka langsung tidak sedar simptom yang ditunjukkan tubuh mereka. Ia menyebabkan mereka hanya tahu diserang diabetes secara tidak sengaja selepas terjadinya komplikasi kesihatan,” katanya.

Kadang kala, jika ada simptom pun, ia sangat minimum. Secara umum simptom diabetes adalah kerap membuang air kecil (polyuria), kerap dahaga (polydipsia), kerap lapar (polyphagia) dan hilang berat badan tanpa sebab yang khusus, rasa kebas yang ekstrim, rasa sakit pada kaki (disesthesias) dan penglihatan kabur.

Bagi jangka masa yang lama, diabetes menyebakan komplikasi pada jantung, salur darah, mata, ginjal juga saraf. Retinopati misalnya adalah sebab utama buta dan ia terjadi kerana jangka masa panjang. Retinopati menyebabkan kerosakan pada salur darah kecil di retina.

Secara umum tanpa pengurusan diabetes yang baik, selepas 15 tahun menghidap diabetes, dua peratus pesakit menjadi buta manakala 10 peratus berhadapan dengan masalah penglihatan.

Secara lebih teknikal pula, komplikasi diabetes terbahagi kepada komplikasi mikrovaskular (membabitkan salur darah kecil) seperti buah pinggang (nephropathy), saraf rosak (neuropathy), penglihatan terjejas (retinopati, katarak atau glaukoma).

Manakala komplikasi makrovaskular (membabitkan salur darah besar) menyebabkan masalah seperti jantung, angin ahmar, gangrene dan akhirnya kaki dipotong (amputasi) selain masalah metabolik, mati pucuk dan masalah waktu hamil.


INFO: Faktor Risiko Diabetes Jenis Dua

Usia dan bangsa - semakin anda berusia semakin tinggi risiko diserang diabetes. Apatah lagi jika anda dari keturunan kulit hitam, Asia Selatan dan kaukasian. Dalam satu kajian di United Kingdom didapati mereka yang berketurunan kulit hitam dan Asia Selatan (India, Pakistan, Bangladesh) adalah lima kali lebih berisiko diserang diabetes berbanding mereka yang berkulit putih.

Genetik - jika ada lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah diabetis. Risiko anda lebih tinggi jika ahli keluarga itu adalah emak atau ayah malah bapa saudara sama ada sebelah ibu atau ayah.

Obesiti - kebanyakan mereka yang menghidap diabetes Jenis Dua adalah obes. Lebih gemuk seseorang itu lebih tinggi risikonya. Apatah lagi jika tidak aktif bersenam.

Diabetes waktu hamil - wanita yang diserang diabetes waktu hamil berisiko untuk menghidap diabetes.